Filemografi Vijay
Filemografi Vijay

Filemografi Vijay

Vijay ialah seorang pelakon India yang bekerja dalam perfileman berbahasa Tamil. Beliau membuat penampilan sulung sinematiknya pada tahun 1984 dengan Vetri, arahan bapanya, S. A. Chandrasekhar.[1] Selepas muncul dalam filem Chandrasekhar sebagai pelakon kanak-kanak yang tidak dikreditkan, Vijay membuat penampilan sulungnya sebagai pelakon utama dengan Naalaiya Theerpu (1992).[1] Beliau mengikutinya dengan peranan pembantu bersama Vijayakanth dalam filem Sendhoorapandi (1993).[2]Kejayaan pertama Vijay adalah pada tahun 1996 dengan melalui filem romantik arahan Vikraman berjudul Poove Unakkaga.[2][3] Filem seterusnya, arahan Vasanth bertajuk Nerrukku Ner (1997) dan arahan Fazil bertajuk Kadhalukku Mariyadhai (1997), menerima pujian dan kejayaan komersial.[3][4] Penampilan di filem seterusnya melayakkan beliau memenangi Anugerah Filem Negara Bahagian Tamil Nadu untuk Pelakon Lelaki Terbaik.[3][5] Peranan Vijay sebagai di mana beliau memegang watak pengendali TV kabel yang bertanggungjawab untuk kehilangan penglihatan kekasihnya dan kemudian membantunya dalam Thulladha Manamum Thullum (1999) dan meraih reputasi sebagai hero romantik.[6][7][8]Vijay memulakan alaf baru dengan filem kritis dan komersial yang berjaya seperti, seperti Kushi dan Priyamanavale.[9][10] Pada tahun berikutnya, beliau berlakon dalam tiga film: Friends, Badri, dan Shahjahan. Sementara filem Friends meraih kejayaan komersial, dua filem lain kurang mendapat sambutan.[2][11] Filem berikutnya yang dikeluarkan dalam tempoh satu setengah tahun yang akan datang tidak memasuki pecah panggung.[12][13] Filem masala yang meraih kejayaan, Thirumalai (2003),[14] di mana beliau berpasangan dengan Jyothika, mengubah personanya di layar lebar menjadi pelakon aksi.[15] Beliau memegang watak sebagai seorang pemain Kabaddi bersama Trisha dalam filem arahan Dharani berjudul Ghilli (2004), yang menjadikan sebagai filem Tamil berjaya tahun itu. Filem ini juga merupakan filem Tamil pertama yang meraih kutipan sebanyak ₹500 juta (rupee India).[3][16] Penampilannya dalam filem masala Thirupachi (2005) melayakkan beliau untuk memenangi anugerah khas di Anugerah Filem Negeri Tamil Nadu.[17][18] Beliau meneruskan kerjayanya untuk meraih kejayaan melalui Sivakasi (2005) dan Pokkiri (2007).[19][20] Anugerah berikutnya menambah koleksi prestasinya antara lain menerima pencalonan di Anugerah Filmfare untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik.[21] Kecuali Vettaikaaran (2009).[22] filem-filem seterusnya yang dikeluarkan ialah Azhagiya Thamizh Magan (2007), di mana beliau melakonkan dua watak sepanjang kerjayanya di dunia perfileman,[23] sehingga filem ke-50nya, Sura (2010), mengalami kegagalan komersial.[24]Pada tahun 2011 kerjaya Vijay mula berkembang selepas muncul menerusi peranannya sebagai seorang pengawal dalam filem Kaavalan.[25][26] Pada tahun berikutnya beliau tmuncul dalam dua filem: sebagai seorang mahasiswa dalam filem Nanban dan seorang pahlawan tentera darat dalam filem Thuppakki.[27][28] Persembahan beliau menuai pujian dari penonton dan pengkritik,[29] yang melayakkan beliau menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Filmfare Selatan ke-60.[30] Beliau seterusnya muncul dalam filem arahan A. L. Vijay berjudul Thalaivaa (2013) dan Jilla (2014). Filem seterusnya menampilkan dirinya bersama Mohanlal. Kedua filem meraih kejayaan.[31][32] Beliau bekerjasama dengan Murugadoss dan memegang watak dalam filem aksi Kaththi (2014). Filem di mana Vijay memegang dua watak sebagai seorang pencuri dan seorang idealis, menjadikan filem ini meraih kejayaan sebagai filem Tamil dengan kutipan terbesar tahun itu.[33] Beliau muncul sebagai askar pribumi dalam filem seterusnya, filem fantasi sejarah yang diarahkan oleh Chimbu Deven bertajuk Puli (2015);[34] namun kurang berjaya di pasaran.[35] Pada tahun berikutnya, beliau memegang watak sebagai pegawai polis dalam filem Theri (2016).[36] Filem ini ialah yang terbesar apabila ia dikeluarkan di pawagam, dengan pendapatan mencapai ₹ 1.56 bilion, antara filem-filem Tamil paling berjaya dalam sejarah filem.[37]

Rujukan

WikiPedia: Filemografi Vijay http://www.bollywoodhungama.com/news/bollywood/tam... http://www.dailythanthi.com/Cinema/CinemaNews/2016... http://www.dailythanthi.com/News/Districts/Chennai... http://www.deccanchronicle.com/131230/entertainmen... http://cinema.dinamalar.com/cinema-news/19644/spec... http://m.dinamalar.com/cinema_detail.php?id=29414 http://www.dinamani.com/cinema/cinema-news/2017/ja... http://www.filmfare.com/features/60th-idea-filmfar... http://www.filmfare.com/features/nominations-for-t... http://www.forbes.com/sites/dongroves/2016/04/24/t...